“Tidakkah kamu rasa berbesar hati bakal menjadi suami Tengku Puteri Kasih Anta Permana. Puteri tunggal Kerajaan Darma Jaya. Puteri kesayangan Baginda Raja Indera Gemawan.” - Puteri Kasih Anta Permana
“Tidak, hamba langsung tidak berasa berbesar hati dapat berkahwin dengan Tengku Puteri. Dipaksa berkahwin dengan gadis yang hamba benci, kenapa mesti hamba suka.” – JEBAT ARJUNA
PUTERI KASH ANTA PERMANA telah dihantar untuk menimba ilmu di sebuah kolej terkemuka di negara Malaysia. Namun puteri itu lebih banyak berpelesiran berbanding belajar. Pertemuan pertama dengan seorang pelajar lelaki membuatkan PUTERI KASIH jatuh cinta pandang pertama. Tanpa segan silu terus sahaja melamar lelaki itu.
JEBAT ARJUNA lelaki paling kacak di kolej. Menjadi kegilaan ramai gadis. Juga pelajar paling pintar di kolej. Baginya PUTERI KASIH sama sahaja seperti gadis lain. Gadis kaya yang hanya pandai menghabiskan duit orang tua. Lamaran PUTERI KASIH di tolak mentah-mentah. Malah menganggap puteri itu sebagai penyamar.
Pulang ke negara Darma Jaya, PUTERI KASIH mendapati JEBAT ARJUNA adalah anak dari isteri kedua PERDANA MENTERI KASTURI ISKANDAR yang tinggal di Malaysia.
“Saya lebih rela dihukum pancung daripada menjadi suami tuan puteri.” - JEBAT ARJUNA
Sekali lagi JEBAT ARJUNA menolak kemahuan PUTERI KASIH. Kecewa dengan penolakan itu PUTERI KASIH meminta ayahandanya RAJA INDERA GEMAWAN mengeluarkan titah diraja agar JEBAT ARJUNA menjadi suaminya.
Adakah kali ini Jebat akan setuju menjadi suami Puteri Kasih?
Mengapa Jebat begitu membenci Puteri Kasih?
Buy Now